fbpx
Rutin Norhamidah bermula seawal 7 pagi bagi memastikan tanaman yang diusahakan sentiasa dalam keadaan terjaga.

Ratu Sawah Bangkit Jadi Ikon Pesawah Wanita Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Dulu hanya dipandang sebelah mata, kini Siti Norhamidah Mohd. Tohir, 41, membuktikan wanita juga mampu menjadi tulang belakang keterjaminan makanan negara. 

Dengan pengurusan lebih 36 hektar sawah padi merentasi beberapa kawasan di Sabak Bernam, beliau menjadi contoh kejayaan pesawah wanita moden yang cekal dan berdaya saing.

“Saya pernah hilang cincin kahwin ketika di sawah, pernah dikata kerja sawah ni kotor dan tak sesuai untuk perempuan. 

“Tapi saya tak pernah peduli, saya tahu apa yang saya buat ini penting untuk negara,” kata Norhamidah, anak jati Kampung Peket 100, Sungai Lima, Sungai Besar.

Minat terhadap pertanian dipupuk sejak kecil bersama arwah ayah dan kini diteruskan bersama suami yang juga pesawah sepenuh masa. 

Norhamidah tidak kekok turun ke sawah bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan tanaman.

Rutin harian beliau bermula seawal 7 pagi, termasuk menyelia tanah, menyiram, membaja dan mengurus pekerja bendang.

“Sekarang saya tak buat kerja berat lagi sebab saya ada slip disc (tulang rawan tergelincir).

Tapi saya tetap ke sawah untuk pantau dan pastikan hasil berkualiti. Kita tak boleh cuai sebab kerja sawah ini sensitif, ikut musim, ikut cuaca,” katanya.

Bantuan Kerajaan & BERNAS, Pendorong Utama

Dalam mendepani cabaran kos racun, baja, upah dan ancaman serangga perosak, Norhamidah bersyukur dengan sokongan pelbagai pihak.

“Alhamdulillah, bantuan kerajaan dan BERNAS banyak membantu. Subsidi racun, subsidi jualan padi, pinjaman modal tanpa faedah, dan insentif lain banyak ringankan beban kami,” ujarnya.

Sebagai antara peserta terawal Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) kendalian Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), beliau turut menerima sokongan teknikal dan akses teknologi moden seperti penggunaan dron dan perkongsian jentera.

Jangan Anggap Pertanian Kerja Kolot

Menurut beliau, generasi muda perlu ubah persepsi terhadap pertanian sebagai kerjaya yang kolot.

“Jangan malu turun sawah. Ini kerja mulia. Kalau kita tak tanam padi, siapa nak bagi makan rakyat?” katanya.

Beliau turut berharap kerajaan akan terus menambah baik kemudahan asas seperti sistem pengairan dan harga input tani supaya lebih ramai mampu kekal dalam bidang ini. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI