fbpx
DUA suspek kes pecah kilang di Taman Perusahaan Ringan Bakar Arang dibawa untuk siasatan lanjut di IPD Kuala Muda, hari ini.

Penjenayah pura-pura pengsan selepas pecah masuk kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang penjenayah berpura-pura tidak sedarkan diri selepas menyedari kehadiran polis ketika cuba memecah masuk sebuah kilang di Taman Perusahaan Ringan Bakar Arang, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 pagi itu, tiga suspek lelaki berusia lingkungan 30-an disedari cuba memecah masuk premis tersebut.

Seorang pengawal yang menyedari kejadian kemudian bertindak menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Kuala Muda.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, sebaik menerima laporan itu, enam anggota digerakkan ke lokasi bersama pemilik kilang dan mendapati terdapat kesan pecah masuk di kilang berkenaan.

Katanya, ketika sedang membuat pemeriksaan, anggota polis menemui seorang lelaki dalam keadaan tertiarap tidak bergerak di atas tanah di sebelah bangunan kilang yang dipecah masuk itu.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui suspek kedua yang bersembunyi di dalam kawasan kilang yang gelap, manakala seorang lagi suspek sempat melarikan diri.

“Pihak kita turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan suspek untuk memecah masuk kilang berkenaan, mereka juga didapati positif dadah dan suspek kini dalam proses permohonan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN