fbpx
Keadaan semasa lokasi kemalangan bas pada 9 Jun lalu yang telah berubah wajah dengan pemasangan lampu solar serta jalan diturap baharu.- Foto FADZIL ZAINOL / KOSMO!

385 lampu solar di JRTB siap September depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERIK – Pemasangan 385 unit lampu solar di laluan FT004 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik ke Jeli, Kelantan dijangka siap sepenuhnya pada September depan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Ir Zamri Mat Kasim berkata, seramai sembilan kontraktor telah dilantik bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan yang bermula 23 Jun lalu.

Katanya, projek membabitkan kos berjumlah RM3.32 juta itu melibatkan pemasangan lampu diod pemancar cahaya (LED) sepanjang 9.5 kilometer.

“Pemasangan lampu solar ini melibatkan beberapa lokasi di antara Seksyen 83.74 hingga Seksyen 198.60 dengan kemajuan projek antara 25 hingga 50 peratus.

“Antara kerja-kerja yang sedang dijalankan ialah penandaan tapak dan kerja-kerja tanam tapak konkrit. Projek ini masih berjalan dan dijangka mengambil masa kira-kira 12 minggu untuk disiapkan sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.

Katanya, selain pemasangan lampu solar, projek itu turut membabitkan penyelenggaraan lampu isyarat yang rosak di Seksyen 120.40.

“Pihak kontraktor sedang menunggu barang daripada pembekal untuk memulakan kerja-kerja di tapak selain melakukan pengukuran dan penelitian semula di lokasi tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI