fbpx
HEE SEM

Pasangan doktor berkhalwat mungkin dibuang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Pasangan doktor yang dicekup berkhalwat di sebuah rumah sewa di Taman Semabok Perdana kelmarin bakal berdepan tindakan tatatertib termasuk kemungkinan dibuang kerja.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, pihaknya masih menunggu hasil siasatan penuh daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sebelum sebarang tindakan diambil terhadap pasangan berusia 26 tahun itu.

“Jika siasatan JAIM mendapati berlaku kesalahan, maka Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka.

“Tindakan tegas boleh diambil termasuk penamatan perkhidmatan sekiranya terbukti berlaku pelanggaran etika penjawat awam,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai Operasi Penguatkuasaan Akta 446 di sebuah tapak pembinaan di Tambak Paya, di sini hari ini.

Tambah beliau, ketika ini kedua-dua doktor tersebut masih bertugas seperti biasa di hospital memandangkan siasatan masih berjalan dan belum ada sebarang keputusan rasmi dikeluarkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI