fbpx
NELAYAN warga Thailand yang berjaya dijumpai di perairan Pulau Tioman selepas dilaporkan hilang sejak dua hari lalu.

Nelayan Thailand hilang sejak dua hari lalu dijumpai di Pulau Tioman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MERSING – Seorang nelayan warga Thailand yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu akhirnya berjaya ditemui dalam keadaan selamat oleh nelayan tempatan di perairan Pulau Tioman, pagi tadi.

Pemangku Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata, mangsa Mr. Wasan, berjaya ditemui pada pukul 8.40 pagi tadi.

Katanya, lelaki berkenaan sebelum ini keluar ke laut bersendirian menggunakan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) pada Selasa lalu dan gagal dihubungi kira-kira 4.4 batu nautika dari Timur Pulau Pemanggil.

“Antara aset dan bantuan yang terlibat adalah daripada Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan beberapa bot nelayan tempatan.

“Kawasan pencarian pada hari kedua telah diperluas sehingga 751 batu nautika persegi. Nelayan tersebut telah dibawa ke Jeti Perikanan Endau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN