fbpx
POPE menjadi pilihan lebih ekonomi buat United selain pengalamannya juga dianggap cukup berguna. - AFP

Man. United alih fokus buru penjaga gol Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manchester United meneruskan usaha untuk mendapatkan khidmat penjaga gol apabila membuat keputusan mengejutkan dengan menamakan pemain Newcastle United, Nick Pope sebagai sasaran.

Penjaga gawang The Magpies itu beraksi cemerlang sepanjang musim lalu, namun pengendali Newcastle, Eddie Howe dilapor sedang menyasarkan khidmat Aaron Ramsdale dari Southampton.

Perkembangan itu menyebabkan Pope, 33, mungkin akan kehilangan tempatnya selaku penjaga gol utama jika Howe benar-benar berjaya mendapatkan khidmat Ramsdale menyebabkan tawaran daripada United bakal dipertimbangkan.

United terpaksa mencari penjaga gol baharu selepas kecederaan hamstring yang dialami Andre Onana menyebabkan dia terlepas keseluruhan aksi pramusim dan beberapa perlawanan awal musim nanti.

Pope pula dianggap pilihan yang tidak membebankan kewangan United apabila kontraknya bakal berakhir musim panas tahun depan, malah pengalamannya juga dianggap cukup banyak dalam saingan di England.

Ketika ini, pengendali United, Ruben Amorim terpaksa menggunakan khidmat penjaga gol keduanya, Altay Bayindir, tetapi pemain dari Turkiye itu juga dikatakan tidak mendapat kepercayaan penuh.

United sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan Emiliano Martinez, namun tidak ada perkembangan baharu dan terkini, The Red Devils juga dikaitkan dengan spekulasi perpindahan penjaga gawang Paris Saint-Germain, Gianluigi Donnarumma. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI