fbpx
SUSPEK (dua dari kiri) kes bunuh rakan senegara di tapak projek perumahan tiba di Mahkamah Sungai Petani untuk proses reman, hari ini.

Lelaki bunuh rakan dicekup ketika bersembunyi di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang buruh binaan warga Myanmar yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan rakan senegaranya di tapak projek perumahan di sini pada 20 Julai lalu berjaya diberkas di sebuah rumah di Pulau Pinang, malam tadi

Suspek lelaki berusia 59 tahun itu dilihat dalam keadaan terhincut-hincut ketika dibawa ke Mahkamah Sungai Petani, hari ini untuk proses reman.

Dia dikatakan mengalami kecederaan di kaki dan paha dipercayai akibat pergaduhan dalam kejadian tersebut.

Majistret Noor Fazlina Musa kemudian memerintahkan suspek direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek ditangkap ketika bersembunyi di sebuah rumah di Simpang Ampat,Pulau Pinang dan dipercayai sedang menunggu peluang untuk melarikan diri ke negaranya.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah sejak lebih lapan tahun lalu,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya yakin pengakuan suspek yang mengaku menikam mangsa dalam kejadian itu berjaya menyelesaikan kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI