fbpx
Lokasi kejadian di Jalan Kampung Pangkal Mak Wan-Kampung Joh, Machang, hari ini. - Foto IHSAN POLIS

Lelaki maut cuba elak biri-biri tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MACHANG – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas selepas cuba mengelak seekor biri-biri di tepi Jalan Kampung Pangkal Mak Wan-Kampung Joh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia kira-kira empat jam kemudian semasa dirawat di Hospital Tanah Merah.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Honda C70 sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Pangkal Mak Wan menghala ke Kampung Joh.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, lelaki itu dipercayai mengelak daripada seekor biri-biri sebelum terbabas ke bahu jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan.

“Mangsa bagaimanapun menghembuskan nafas kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika dirawat di hospital berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Ahmad Shafiki memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI