fbpx
Sathiya menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Jangkitan kuman, ibu jari kaki kanan Sathiya dipotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Akibat jangkitan kuman, ibu jari kaki kanan pelawak veteran, Sathiya terpaksa dipotong agar tidak merebak ke bahagian lain.

Khabar berkenaan dikongsikan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid yang melawat pelakon berusia 60 tahun itu di Hospital Ampang.

“Dapat sahaja tahu tentang keadaan Sathiya, saya terus bergegas ke hospital dari Parlimen untuk ziarah.

“Ibu jari kaki kanan kena kuman dan perlu dipotong, kalau tak boleh kena jangkitan pada badan,” katanya dalam hantaran di laman sosial.

Wakil rakyat terbabit turut berkongsi sepotong videonya bertanya khabar dan berbual dengan Sathiya atau nama sebenarnya Sathia Periasamy.

Walaupun dalam keadaan kaki berbalut, pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu tetap bersemangat melayani tetamu.

Dia juga sempat bergurau menyatakan dirinya baik-baik, bahkan masih boleh bermain bola sepak.

Pada Julai tahun lalu Sathiya pernah dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan angin ahmar yang membuatkan pergerakannya agak terbatas.

Selain itu, dia juga sudah beberapa tahun menghidap penyakit kencing manis serta darah tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI