fbpx
Gunung berapi Klyuchevskoy meletus semalam. - X

Gunung berapi Russia meletus selepas gempa bumi dahsyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Sebuah gunung berapi di Timur Jauh Russia meletus semalam, beberapa jam selepas gempa bumi mega mendorong pemindahan dan amaran tsunami merentasi bahagian pantai Pasifik.

Letusan gunung berapi paling aktif di Eropah dan Asia, Klyuchevskoy, merupakan perkara yang agak biasa.

Sekurang-kurangnya 18 daripadanya berlaku sejak tahun 2000, demikian menurut Program Vulkanisme Global Institusi Smithsonian.

“Klyuchevskoy sedang meletus sekarang,” kata Tinjauan Geofizik Russia di aplikasi Telegram dengan menyiarkan gambar api berwarna oren di atas gunung berapi setinggi 4,700 meter.

“Lahar panas merah diperhatikan mengalir menuruni cerun barat. Terdapat cahaya yang kuat di atas gunung berapi dan letupan,” tambahnya.

Terdahulu, gempa bumi berukuran 8.8 magnitud melanda pantai wilayah Kamchatka di Timur Jauh Russia.

Amaran tsunami di Kamchatka telah ditarik balik 11 jam kemudian selepas gempa yang menyebabkan ombak besar itu tidak menjejaskan kawasan berpenduduk jarang, terletak berhampiran Jepun itu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI