fbpx
Carney bercakap semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Ottawa kelmarin. - AFP

Giliran Kanada iktiraf negara Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

OTTAWA –  Perdana Menteri Mark Carney menyatakan bahawa Kanada merancang untuk mengiktiraf negara Palestin pada September ini, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Ia menjadikan Kanada negara Kumpulan Tujuh (G7) ketiga yang membuat pengumuman sedemikian sejak beberapa hari lalu.

Carney berkata, langkah itu bergantung kepada reformasi demokrasi, termasuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang akan mengadakan pilihan raya tahun depan tanpa Hamas.

Kenyataan beliau dibuat sehari selepas United Kingdom (UK) mengumumkan bahawa ia akan mengiktiraf negara Palestin pada September  ini, melainkan Israel bersetuju dengan gencatan senjata dan syarat lain. Perkembangan itu berlaku seminggu selepas Perancis mengumumkan rancangan sama.

Kebanyakan negara atau 147 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasmi mengiktiraf negara Palestin.

Carney berkata, Kanada akan mengiktiraf negara Palestin secara rasmi pada Perhimpunan Agung PBB yang akan datang.

Beliau menyebut perluasan penempatan haram Israel di Tebing Barat, situasi kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza dan serangan 7 Oktober 2023 ke atas Israel oleh Hamas sebagai sebab di sebalik peralihan dramatik Kanada dalam dasar luar negaranya.

“Tahap penderitaan manusia di Gaza tidak dapat ditanggung dan ia semakin merosot dengan cepat,” kata Carney kepada pemberita kelmarin.

Beliau berkata, pengiktirafan kenegaraan Palestin akan bergantung pada komitmen PA untuk secara asasnya mereformasi tadbir urusnya dan melucutkan senjata di wilayah itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN