fbpx
HANYAN (tiga dari kanan) menunjukkan kad kabinet milik TM serta besi kuku kambing yang dirampas susulan penahanan dua ahli Geng Ali, minggu lalu.

Geng Ali curi kad kabinet dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Kegiatan licik dua lelaki Geng Ali mencuri kad kabinet milik sebuah syarikat telekomunikasi di sebuah pencawang di tepi jalan berakhir apabila dicekup polis dalam Ops Pintu di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, dua lelaki tempatan berusia 24 dan 27 tahun itu ditahan di sebuah rumah di sini pada 23 Julai lalu.

“Dalam serbuan itu, kita berjaya merampas 29 unit kad kabinet bernilai lebih RM80,000 yang disyaki dicuri dari pencawang yang terletak di tepi jalan di Bandar Laguna Merbok,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini hari ini.

Kata beliau, kejayaan itu susulan operasi dilakukan berikutan peningkatan kes kecurian aset milik Telekom Malaysia (TM) yang dilaporkan di daerah Kuala Muda sejak kebelakangan ini.

“Modus operandi geng ini ialah mencuri kad itu sebelum meleburkannya untuk mendapatkan jalur emas, seterusnya menjualnya kepada premis barang lusuh,” katanya

Menurutnya, perbuatan jahat Geng Ali yang dipercayai dianggotai lebih daripada dua orang itu menyebabkan kawasan terlibat mengalami gangguan internet.

Jelasnya, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek berusia 24 tahun mempunyai dua rekod membabitkan jenayah dan dadah, manakala suspek kedua mempunyai 14 rekod membabitkan lapan jenayah dan enam rekod dadah.

“Kita sedang mengesan saki-baki ahli geng terbabit dalam usaha mengekang jenayah kecurian membabitkan aset milik TM di kawasan ini,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN