fbpx
MBEUMO percaya mampu membentuk persefahaman yang baik bersama Fernandes menjelang saingan musim baharu nanti. - FB MANCHESTER UNITED

EPL: Mbeumo yakin ledak banyak gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CHICAGO – Penyerang baharu Manchester United, Bryan Mbeumo sudah tidak sabar untuk membentuk gandingan berbisa bersama pemain tengah, Bruno Fernandes menjelang saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas rundingan berlangsung lebih empat minggu, pemain berusia 25 tahun itu akhirnya melengkapkan perpindahan dari Brentford minggu lalu dengan yuran perpindahan mencecah £71 juta (RM401.59 juta).

Mbeumo mengakui, Fernandes merupakan seorang pemain yang sangat bijak dan kreatif selain menganggap corak permainan dimiliki bintang Portugal itu mampu memberi kelebihan kepadanya untuk menjaringkan gol.

“Semua orang boleh nampak yang dia (Fernandes) mampu lakukan. Dia ada kelebihan untuk melakukan percubaan, hantaran lintang selain memiliki kawalan bola cukup baik, jadi ia satu kelebihan untuk penyerang seperti saya.

“Apabila anda memiliki seorang pemain yang sangat bijak sepertinya di atas padang, anda tidak perlu berfikir banyak. Saya cuma perlu melakukan larian dan dia pasti akan mencari kedudukan saya,” katanya.

Justeru, dia sedia untuk melakukan lebih banyak perbincangan bersama Fernandes bagi memastikan kaptennya itu lebih memahami corak permainan serta pergerakannya di atas padang nanti.

“Sudah tentu saya akan bercakap dengannya bagi memastikan dia tahu bentuk hantaran yang perlu dilakukan. Paling kurang, saya hanya meminta dia menghantar bola ke ruang kosong dan saya akan uruskan selebihnya,” ujar Mbeumo. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI