fbpx
ENAM suspek yang ditahan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Temerloh di Temerloh.

Enam lagi anggota polis ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam lagi anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 daripada seorang individu sebagai balasan tidak mengambil tindakan atas kesalahan memiliki air ketum.

Kelmarin seramai tiga pegawai polis termasuk seorang yang sudah bersara ditahan reman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM110,000 sebagai balasan tidak mengganggu dan melindungi kegiatan pengedaran dadah dan air ketum sekitar negeri Pahang.

Perintah tahanan reman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos depan terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Khamisah Ismail selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Temerloh di sini hari ini.

Menurut sumber, keenam-enam suspek lelaki berusia lingkungan 30-an dan 50-an itu telah ditahan kira-kira pukul 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Temerloh.

“Kejadian bermula apabila kesemua suspek telah menahan lima orang individu dalam satu operasi di sekitar daerah Temerloh pada Mei lalu kerana disyaki melakukan kesalahan memiliki air ketum.

“Salah seorang suspek dipercayai telah menerima wang rasuah secara tunai daripada seorang individu yang bertindak sebagai orang tengah,”katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI