fbpx
Amir Hamzah di Dewan Rakyat hari ini. Foto Ihsan Japen

Dewan Rakyat: Pengusaha pasar raya, kedai runcit boleh jadi Rakan Niaga Sara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengalu-alukan pengusaha pasar raya dan kedai runcit untuk berdaftar sebagai Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (Sara).

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, langkah tersebut bagi membolehkan lebih banyak premis yang dapat menyediakan penebusan bantuan Sara selepas ini.

Ini kerana katanya, ketika terdapat lebih 4,500 premis runcit yang berdaftar sehingga 29 Julai lalu, namun akan bertambah dari semasa ke semasa.

“Antara premis berdaftar adalah seperti Giant, Mydin, Bataras, C-Mart dan TF Value-Mart. Senarai pasar raya dan kedai runcit ini bukan muktamad dan sejak pengumuman Perdana Menteri dibuat pada 23 Julai lalu telah meningkat.

“Sekiranya terdapat premis yang ingin berdaftar sebagai Rakan Niaga SARA, mereka boleh membuat permohonan kepada Yayasan MyKasih untuk proses selanjutnya,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) yang bertanyakan tentang proses pendaftaran dan bagaimana untuk melayakkan diri bagi menerima dan berbelanja RM100 di bawah initiatif Sara untuk semua.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI