KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk mewujudkan Majlis Penasihat Orang Asli bagi memastikan suara dan aspirasi mereka didengar dalam menentukan hala tuju pembangunan kaum itu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahif Hamidi berkata, penubuhan majlis itu berdasarkan model New Zealand Maori Council (NZMC).
Jelasnya, model tersebut sebelum ini dilihat berjaya mempromosikan pembangunan sosial, ekonomi, pendidikan dan budaya Maori.
“Melalui penubuhan majlis ini, kerajaan berharap agar suara dan aspirasi
masyarakat Orang Asli dalam menentukan hala tuju pembangunan mereka sendiri.
“Ia akan diperkukuhkan melalui kerangka perundangan selaras dengan keazaman kendiri (self determinant) yang menjadi prinsip utama seperti mana digariskan di bawah United Nations Declaration On the Rights of Indigenous Peoples (UNDRIP),”katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Haji Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) inisiatif dalam memperkasakan komuniti Orang Asli.-KOSMO! ONLINE