fbpx
AZEEM (kiri) memberi bayangan tidak menyertai saingan Sukan SEA Thailand bagi memberikan fokus aksi Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun depan. - FB SUKAN IPT

Azeem pertimbang tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARAPAN skuad olahraga kebangsaan kembali merampas gelaran raja pecut Asia Tenggara dengan meraih pingat emas 100 meter (m) Sukan SEA Thailand 2025 kini goyah selepas Muhammad Azeem Fahmi seakan memberi bayangan tidak beraksi pada temasya hujung tahun ini.

Pelari terpantas negara itu masih perlu berbincang dengan jurulatihnya di Universiti Auburn Amerika Syarikat, Ken Harnden serta pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

“Saya masih 50-50 beraksi di Sukan SEA. Semuanya (keputusan beraksi atau tidak) bergantung pada perbincangan dengan jurulatih,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam kelmarin.

Azeem, 21, mendedahkan, jadual Sukan SEA Thailand pada Disember depan adalah tempoh off-season terbaik dan penyertaan berisiko mengganggu keseluruhan perancangan tahun depan yang mempunyai temasya lebih berprestij seperti Sukan Asia dan Sukan Komanwel Glasgow 2026.

“Jika saya teruskan untuk berlari di Sukan SEA, saya takkan ada off-season. Tahun saya akan jadi sangat memenatkan, sama macam tahun 2023 yang kemudian dibawa ke momentum 2024. Kita dah nampak apa yang jadi tahun lalu,” katanya.

Tambahnya, sebarang keputusan bukan sekadar bergantung kepada pendapat peribadi, sebaliknya akan dibuat secara bersama dengan jurulatih, MSN dan KOM demi memastikan kelangsungan prestasi jangka panjang.

“Harapnya orang boleh nampak apa yang kami cuba lakukan. Tahun depan ada Sukan Asia, Komanwel dan saya nak fokus. Sukan Asia sebelum ini saya pernah menang pingat (gangsa), jadi saya nak pertahankan atau perbaiki ranking saya,” ujarnya lagi.

Jika tidak beraksi, pemegang rekod 100m kebangsaan dengan masa 10.09s itu terlepas peluang untuk menebus kekalahan kepada seteru utama, Puripol Boonson.

Azeem tewas tiga kali berturut-turut kepada raja pecut Thailand yang memiliki catatan terbaik 10.06s termasuk meraih perak Sukan Universiti Dunia 2025 di Jerman minggu lalu yang menyaksikan atlet negara itu sekadar meraih tempat keempat.

Kali terakhir Malaysia meraih emas 100m Sukan SEA melalui Muhammad Haiqal Hanafi pada edisi Manila 2019 dan sebelum itu dimenangi oleh Khairul Hafiz Jantan ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI