fbpx
Gambar yang dimuat naik di Facebook Anwar.

Anwar bentang RMK13 pukul 12 tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) pada pukul 12 tengah hari ini di Dewan Rakyat.

Beliau menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pembentangan RMK13 akan akan membawa natijah terbaik buat rakyat dan meletakkan asas yang kukuh untuk Malaysia melangkah ke dekad yang lebih gemilang.

“Ayuh kita lakar semula pembangunan negara, berpaksikan rakyat dan berteraskan nilai ihsan, keadilan serta kemanusiaan agar kita berupaya menggapai langit, namun tetap teguh mengakar ke bumi,” katanya.

Dalam hantaran sebelum itu, Anwar memuat naik hantaran mengenai penyerahan rasmi dokumen RMK13 oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Katanya, penyerahan ini menandakan berakhirnya fasa penyediaan rancangan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.

RMK-13 disusun sebagai pelan pembangunan menyeluruh dengan fokus untuk mengangkat martabat secara adil dan saksama tanpa ada mana-mana kumpulan yang dipinggirkan.

Penyediaannya melibatkan sesi libat urus meluas bersama pelbagai pemegang taruh merentasi sektor, latar belakang dan wilayah, termasuk kerajaan-kerajaan negeri, demi memastikan suara rakyat benar-benar diangkat dalam perancangan masa depan negara.

“Kerajaan MADANI amat mengalu-alukan perbahasan dan cadangan konstruktif daripada semua Ahli Parlimen demi memperkukuh dasar dan hala tuju yang digariskan,” ujar Anwar lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI