fbpx
Keadaan anggota polis yang cedera selepas ditikam seorang lelaki dalam kejadian di Jalan Pudu, hari ini.

Anggota polis cedera ditikam di perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis cedera selepas ditikam oleh seorang lelaki semasa menjalankan pemeriksaan di Jalan Pudu, di sini, hari ini.

Ketika kejadian, anggota yang bertugas di Balai Polis Pudu itu dilaporkan sedang melakukan tugasan Rondaan Cegah Jenayah di kawasan terbabit.

Menurut sumber, anggota terbabit telah ditikam dengan menggunakan pisau di bahagian perut semasa melakukan pemeriksaan ke atas suspek.

“Suspek bertindak menikam mangsa dengan menggunakan pisau dan terus melarikan diri.

“Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas tidak jauh dari lokasi kejadian. Anggota polis itu dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras untuk rawatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, polis turut merampas pisau yang digunakan suspek yang berusia 56 tahun dalam kejadian berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, suspek dipercayai memiliki 14 rekod jenayah lampau,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, ketika dihubungi memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI