fbpx
Gambar fail pesawat Air India berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai di Ahmedabad pada 12 Mei 2012. - AFP

Air India lakukan 51 pelanggaran keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Pengawal selia penerbangan India mendedahkan 51 pelanggaran keselamatan oleh syarikat penerbangan Air India sepanjang tahun lalu, sebagai sebahagian daripada audit tahunan sektor  aviasi tempatan, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Walaupun tidak berkaitan dengan nahas Boeing 787 milik Air India pada bulan lepas yang mengorbankan 260 orang, penemuan itu dikeluarkan di tengah-tengah penelitian yang diperbaharui terhadap syarikat penerbangan tersebut selepas tragedi berkenaan.

Tujuh kesilapan berkaitan keselamatan adalah pada tahap tertinggi, kata juruaudit, namun tidak memberikan butirannya.

Butiran mengenai kesilapan khusus Air India dalam audit terkini masih tidak jelas tetapi laporan kerajaan yang dipetik oleh agensi berita Reuters menyebut latihan juruterbang tidak mencukupi, penggunaan simulator tidak diluluskan dan jadual yang teruk.

Pegawai mengetengahkan isu ‘jurang latihan berulang’ untuk beberapa juruterbang Boeing 787 dan 777 yang hilang tugas pemantauan mandatori, lapor Reuters.

Direktorat Besar Penerbangan Awam (DGCA) India mengetengahkan 263 isu keselamatan membabitkan lapan syarikat penerbangan komersial dalam audit tahunannya. Ia termasuk 44 mendapat Tahap 2 dan tujuh penemuan Tahap 1 bagi Air India.

Syarikat penerbangan lain yang mempunyai pelanggaran  ketara termasuk Alliance Air (57), Ghodawat Star (41), Quick Jet (35), IndiGo (23) dan SpiceJet (14).

Menurut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, penemuan Tahap 1 menunjukkan ketidakpatuhan yang merendahkan keselamatan atau membahayakan keselamatan secara serius.

Ia boleh mencetuskan tindakan segera, termasuk penggantungan, sekatan atau bahkan pembatalan kelulusan syarikat penerbangan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI