fbpx
Norizam telah membeli kelab Kelantan FC sejak 2020 sebelum pasukan itu 'terkubur' pada tahun lalu ekoran konflik kewangan yang serius.

Zamsaham lelong Kelantan FC RM300,000, tapi ‘tak laku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menawarkan Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) yang diterajui Nik Hafiz Naim Nik Hassan untuk membeli pasukan The Red Warriors dengan hanya RM300,000 sebelum ini.

Menerusi kenyataan di laman Facebook peribadinya hari ini, Norizam yang lebih mesra dengan gelaran Zamsaham menegaskan tawaran ‘durian runtuh’ itu tidak mendapat maklum balas GSK.

“Saya ada berikan pilihan percuma dan jual tetapi GSK (Nik Hafiz dan Kumpulan) tidak terima sebaliknya mahu membeli dan ‘control’ sepenuhnya TRW Kelantan FC.

“Perbincangan daripada RM3 juta akhirnya saya setuju jual majoriti pegangan saham pada nilai RM300,000 tetapi akhirnya tiada jawapan daripada Nik Hafiz.

“Saya ada menghubungi Nik Hafiz juga berkenaan bayaran ini, tapi tiba-tiba senyap,” kata Zamsaham.

Lebih malang, Nik Hafiz membuat ketetapan untuk menubuhkan Kelantan Red Warriors (KRW) selepas rundingan membeli pegangan saham dalam Kelantan FC tidak dapat dilaksanakan.

Mengulas mengenai situasi tersebut, Zamsaham melihat KRW masih lagi mengambil identiti TRW seperti nama dan logo pasukan.

“Sebaliknya Nik Hafiz berjumpa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Liga Bola Sepak Amatur ( AFL) dan menubuhkan KRW.

“Saya melihat KRW ingin menjadi TRW dengan nama Kelantan Red Warriors berserta logo yang menjadi milik rasmi TRW.

“Hari ini orang keliru ada lagi TRW dari Kelantan Darul Naim (KDN). Pada saya kekeliruan ini tidak akan menjadi isu jika pihak AFL dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggubal suatu undang-undang khusus tentang nama,” katanya.

Sebagai rekod, persiapan KRW sedikit terjejas selepas dikenakan sekatan pendaftaran pemain oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sehingga 14 Ogos depan.

Keputusan tersebut menyaksikan dua aksi awal Liga A1 Semi-pro membabitkan KRW terpaksa ditangguhkan oleh Liga Bola Sepak Amatur (AFL) sehingga isu terbabit diselesaikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI