YOKOHAMA – Pasukan Liverpool mengakhiri kempen siri jelajah pramusim di Asia dengan noktah kemenangan smejmejelepas menang 3-1 ke atas Yokohama F. Marinos sebentar tadi.
Pada aksi di Stadium Nissan itu, skuad The Reds berjaya bangkit raih kemenangan selepas ketinggalan 0-1 menerusi penyudah pemain termahal England, Florian Wirtz dan dua pemain akademi, Trey Nyoni dan Rio Ngumoha.
Pengendali The Kop, Arne Slot mengakui keputusan tersebut cukup positif untuk memastikan pasukan bersedia sebelum mengharungi aksi Perisai Komuniti bertemu Crystal Palace pada 10 Ogos depan.
“Saya rasa kita berdepan dengan pasukan berkualiti dengan Yokohama memiliki momentum terbaik ketika ini.
“Aksi semua pemain cukup positif dan mereka dapat minit permainan yang mencukupi sepanjang dua aksi pramusim di Asia,” kata Slot.
Liverpool akan pulang ke England esok dan menghadapi aksi pemanas badan terakhir berdepan Athletic Bilbao pada 4 Ogos ini. – Agensi