fbpx
Mohd. Khairi dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Balasan liwat lima pelajar, warden asrama dijel 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang warden asrama pusat pengajian al-Quran terpaksa meringkuk dalam penjara selama enam tahun dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 tuduhan amang seksual fizikal dan meliwat tujuh pelajar lelaki.

Hakim Datin Surita Budin memerintahkan hukuman itu terhadap Mohd. Khairi Fitri Baharom, 38, yang juga guru di pusat pengajian sama selepas mengaku salah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 25 Mei lalu.

Mahkamah turut mengarahkan lelaki itu menjalani kaunseling pemulihan dan pengawasan polis selama setahun selepas selesai hukuman penjara.

Mengikut enam pertuduhan pertama, tertuduh melakukan persetubuhan luar tabii terhadap lima kanak-kanak lelaki yang ketika kejadian berusia sembilan hingga 12 tahun.

Bagi enam pertuduhan lain, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas enam kanak-kanak lelaki berusia sembilan hingga 12 tahun yang dilakukan di pusat pengajian itu di Jempol, dan di sebuah rumah di Kuala Pilah sejak Mac 2024 hingga Januari lalu.

Peguam, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie dalam rayuannya memaklumkan, anak guamnya masih bujang dan menanggung ibu yang uzur. Oleh itu beliau memohon hukuman berbentuk penjara yang minimum.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni dan Nurul Balkis Zunaidi memohon hukuman setimpal. Katanya, sebagai guru dan warden tertuduh sepatutnya melindungi pelajar, namun melakukan jenayah jijik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN