fbpx
Anggota polis membawa Siti Anis (tengah) untuk didakwa atas pertuduhan mencederakan suaminya menggunakan pisau di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

Wanita didakwa tikam suami dengan pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan suaminya menggunakan pisau di Kampung Cherang Hangus, Bachok pada Sabtu lalu.

Tertuduh, Siti Anis Phua Abdullah, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan suaminya menggunakan sebilah pisau di sebuah rumah di Kampung Cherang Hangus, Bachok dekat sini kira-kira pukul 2 petang pada 26 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh diwakili peguam, Wan Amani Wan Azimin.

Terdahulu, Kamarul Hasyime tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Wan Amani memohon ikat jamin paling minimum memandangkan anak guamnya tidak bekerja dan mempunyai seorang anak lelaki berusia sembilan tahun.

“Anak guam saya turut mempunyai masalah kesihatan iaitu penyakit kolesterol dan diabetes yang memerlukan rawatan selain pengambilan ubat,” ujarnya.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar jaminan yang diterapkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI