fbpx
Tangkap layar menunjukkan seorang wanita membelikan makanan buat seorang penjual tisu yang berada di bahu jalan.

[VIDEO] Tidak perlu tunggu kaya untuk bersedekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan murni seorang wanita yang membelikan sebungkus nasi lemak kepada seorang penjual tisu menerima pujian orang ramai.

Menerusi video perkongsian oleh @Qtnabby, wanita itu dilihat bertanya kepada penjual tisu yang berada di bahu jalan sama ada dia menginginkan sebarang makanan.

“Nak jadi kaya sebab nak tolong orang memerlukan. Semoga Allah jaga setiap langkah, mewahkan rezeki mak cik ini,” katanya menerusi klip berkenaan.

Dalam klip yang sama, wanita tersebut kembali ke tempat penjual tisu itu untuk membantu membuang bungkusan nasi lemak yang telah habis dimakan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan baik wanita tersebut yang murah hati membantu mereka dalam kesusahan.

“Bersedekah tak buat kita miskin pun tapi lagi kaya dengan pahala. Terima kasih orang baik,” komen Amniii.

“Siapa yang kupas bawang ini, tengoklah sekarang aku dah nangis baru nak jadi wanita kuat, semoga Allah murahkan lagi rezeki awak orang baik sebab bantu mak cik ini,” kata Adzimahje.

“Sebenarnya tidak perlu tunggu kaya baru nak tolong orang susah, sedekah dan tolong semampu kita sahaja, yang mahal itu bukan duit kita tapi hati ikhlas, baik dan pemurah,” ujar Farid Tamil. -KOSMO! ONLINE

@qtnabbynak jadi kaya sebab nak tolong orang memerlukan 🙁 semoga Allah jaga setiap langkah makcik, mewahkan rezeki makcik, dan semoga doa yang baik baik berbalik kat makcik juga 🤍

♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI