PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan dilihat bersujud di atas jalan dipercayai akibat terlalu tertekan dengan masalah kehidupan.
Menerusi video dikongsi oleh Nurain Zulaika1 di TikTok, lelaki itu kelihatan bersujud di tepi motosikal miliknya sebelum didatangi seorang lelaki lain yang bertanya keadaan dirinya.
Menurut seorang individu yang dipercayai ahli keluarganya, lelaki tersebut sedang bergelut dengan masalah kesihatan sejak kecil.
“Ini adik saya. Dia memang sakit dan tertekan dengan eczema yang dialaminya sejak lahir. Tapi dia sentiasa ingat Allah.
“Kadang kala dia akan bersujud begitu apabila terlalu tertekan,” tulisnya di ruangan komen.
Rata-rata orang ramai turut mendoakan agar segala urusan lelaki tersebut dipermudahkan.
“Abang itu sujud mungkin sebagai ikhtiar terakhir, abang yang datang tu pun mungkin gerakan dari Allah,” ujar Floral.
“Aku tak tahu kenapa video ni sebak. Mungkin sebab kita tahu, ujian orang lain lebih berat,” komen Ayu81.
“Sedihnya, kita rasa kita susah tetapi ternyata ada orang yang lebih susah,” kata Fadilashukri. -KOSMO! ONLINE