PETALING JAYA – Sebuah restoran terbiar yang terletak di tepi jalan utama di Kuantan, Pahang kini menjadi bualan apabila terdapat dakwaan premis itu masih beroperasi seperti biasa.
Menerusi perkongsian video di TikTok milik @Matramdang, restoran tersebut dipenuhi semak samun seperti sudah lama ditinggalkan oleh pemiliknya.
“Ni ke kedai yang duk viral (tular) sehari dua ni? Ada yang cakap buka malam je, ada yang cakap baru makanlah. Ni aku ambil video tadi sebab memang laluan harian hantar isteri kerja. Dah tak ada apapun sini,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mengaku keliru dengan restoran tersebut yang dikatakan menyimpan pelbagai cerita misteri sejak bertahun lamanya.
“Ibu saya dah terkena. Balik kampung tapi tak tahu pun restoran dah tak hidup (operasi). Semua kata kedai tu tak ada dah…seram,” kata seorang pengguna.
“Berdepan dengan perumahan saya ni.. memang tak buka pun restoran ni,” balas Einanik.
“Memang betul kedai ni malam je buka dan selalu ramai orang (pelanggan). Tetapi bukan ‘orang’ kitalah,” kata pengguna lain.
Sementara itu, seorang bekas pekerja restoran terbabit tampil menjelaskan perkara sebenar mengenai operasi restoran berkenaan.
“Last kedai tu buka sampai 2021 masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kadang dia buka, kadang dia tutup. Akhir sekali, dia tutup sepenuhnya dan berpindah balik ke Thailand. Jadi jangan risau semua yang datang makan tu insya-Allah selamat,” ujar Nisasyazana.
Ada juga pengguna yang tampil memberikan pandangan lain berkenaan restoran terbabit.
“Maaf, saya orang area situ..kedai ini last buka masa tahun 2016. Lepas itu, memang tak ada siapa sewa dah,” komen @Longman. – KOSMO! ONLINE
@matramdang Ni ke restoren adik manja viral sehari dua ni? Ada yang cakap buka malam je lah, ada yang cakap baru makan lah. Ni aku amik video baru je tadi, sebab memang daily route hantar ambil wife kerja jalan ni. Dah, takde ape pun sini. #misteri #kuantan #fyp #foryou ♬ Trailer – Sound Gallery by Dmitry Taras