fbpx
Tangkap layar memaparkan seorang lelaki yang sengaja meletakkan kaki kanannya di bawah sebuah lori yang sedang bergerak di Jalan Bangi Lama.

[VIDEO] ‘Abang kenapa letak kaki?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila dengan sengaja meletakkan kakinya di bawah treler yang sedang bergerak dipercayai di Jalan Bangi Lama, Kajang.

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan @Buyong947 di TikTok menunjukkan lelaki itu secara tiba-tiba menghulurkan kaki kanannya supaya digilis kenderaan berat tersebut.

“Nasib baik abang lori ada rakaman ‘dashcam’ kalau tak sudah pasti dipersalahkan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen, orang ramai menyelar tindakan lelaki tersebut yang dianggap bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, malah orang lain.

“Kalau ye pun nak menipu, tak payah la buat, kan sia-sia je tu. Menyusahkan petugas kesihatan di hospital sahaja orang macam ini,” komen Meor.

“Kenapalah sanggup sakitkan diri sendiri, orang lain semua nak sihat, pelik betul manusia zaman sekarang,” ujar Balqis Lutfya.

“Apa dalam fikiran dia sampai tahap berfikir luar kawalan,” balas Amsyar2518. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI