fbpx
Anggota polis membawa suspek (dua dari kiri) untuk prosiding sambung reman di Mahkamah Majistret Pasir Mas hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Suspek kes tembak wanita hamil disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Suspek yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan wanita hamil tujuh bulan di Kampung Teresek, Repek di sini tiga tahun lalu disambung tujuh hari.

Lanjutan reman itu dibenarkan oleh Majistret Syed Farid Syed Ali bermula esok hingga 6 Ogos ini.

Permohonan sambung reman itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 8.42 pagi dengan menaiki van polis.

Lelaki berusia 24 tahun itu sebelum ini ditahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di jalan Bukit Lata di sini kira-kira pukul 7 malam pada 23 Julai lalu.

Suspek kemudian ditahan reman selama tujuh hari bermula 24 Julai hingga hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kosmo! sebelum ini melaporkan hasrat seorang wanita yang sarat hamil untuk mengurut tidak kesampaian apabila dia maut selepas terkena tembakan pada perut di Repek pada 3 Jun 2022.

Mayat Farrah Emirah Mazlan, 26, yang juga ibu tiga anak berusia tiga hingga 10 tahun ditemukan kira-kira pukul 4 petang dalam keadaan terbaring di tempat duduk kereta jenis Nissan Cefiro.

Siasatan polis mendapati, mangsa dipercayai ditembak dengan sepucuk pistol jenis semiauto .380 berdasarkan penemuan kelongsong peluru di dalam kereta tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI