fbpx
Sebanyak 14 ekor kambing seludup yang berada di bahagian belakang sebuah trak pikap di Chabang Empat Tendong, Pasir Mas semalam. FOTO IHSAN PGA

Sumbat 14 kambing seludup dalam Triton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Seorang lelaki gagal menyeludup sebanyak 14 ekor kambing selepas trak pikap dipandunya yang membawa kesemua haiwan tersebut ditahan di Chabang Empat Tendong, di sini semalam.

Suspek yang berusia 41 tahun itu diberkas oleh anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 7 malam semasa sedang memandu trak pikap jenis Mitsubishi Triton.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, anggota PGA mendapati kenderaan tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan tugasan menerusi Op Taring Wawasan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, sebanyak 14 ekor kambing berada di belakang trak pikap itu.

“Suspek bagaimanapun gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan haiwan yang dianggarkan bernilai RM10,500 itu.

“Siasatan lanjut mendapati, lelaki itu berperanan sebagai penghantar haiwan tersebut ke pasaran tempatan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurutnya, kesemua haiwan itu diserahkan kepada Jabatan Veterinar Kelantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI