fbpx
JONASSEN

Sudah jangka kegagalan pemain remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEGAGALAN pemain perseorangan negara melayakkan diri ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Remaja Asia 2025 di Solo, Indonesia baru-baru ini bukanlah satu keputusan yang mengejutkan.

Perkara itu diakui Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen yang menyifatkan keputusan tersebut sudah dijangka berdasarkan kemampuan pemain-pemain negara.

Jonassen berkata, semua pihak perlu menerima keputusan dicatat dengan hati terbuka meskipun beliau sebenarnya mengharapkan pencapaian lebih baik berbanding apa yang dilakar pada kejohanan tersebut.

“Berhubung prestasi pada Kejohanan Remaja Asia, saya sebenarnya memiliki cita-cita lebih tinggi. Saya tahu di mana tahap kita dan dengan siapa pemain akan bertemu.

“Mungkin sedikit kecewa dengan beberapa individu kerana mengharapkan aksi lebih baik tetapi (keputusan) ini sudah dijangka. Saya faham dan akan memperbaiki prestasi,” katanya ketika ditemui di ABM, Bukit Kiara semalam.

Pada kejohanan yang berakhir Ahad lalu, tiada seorang pun pemain perseorangan lelaki dan wanita negara berjaya meloloskan diri ke suku akhir.

Keputusan dilakar kali ini menyaksikan Malaysia menunjukkan penurunan drastik selepas edisi tahun lalu menyaksikan pasukan negara masih berjaya berjaya membawa pulang satu pingat perak dan tiga gangsa.

“Saya dan barisan kejurulatihan akan membuat penilaian terhadap prestasi kali ini mengenai apa aspek yang perlu diperbaiki. Mungkin perlu memberi penekanan kepada fizikal, taktikal dan ketahanan mental,” ujar Jonassen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI