fbpx
Gilbert menyaksikan penyerahan tongkat kuasa antara Mohd. Zaini (kiri) dan Shazeli hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Shazeli dilantik Ketua Polis Selangor baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Bekas Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Shazeli Kahar dilantik Ketua Polis Selangor yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Shazeli, 50, mengambil alih tugas Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan yang memangku jawatan itu sejak 18 Julai lalu.

Majlis tersebut disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Komisioner Polis (CP) Gilbert anak Philip Layang.

Terdahulu, Gilbert turut menyempurnakan pemakaian pangkat CP kepada Shazeli.

Untuk rekod, Shazeli yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia memulakan tugasnya dalam PDRM sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh, Perak.

Sepanjang 25 tahun berkhidmat, bapa kepada tiga orang anak itu juga pernah bertugas di pelbagai jawatan strategik di Bukit Aman termasuk di Bahagian Siasatan Khas (D9) dan Cawangan Khas E2 melibatkan ekstremisme sosial dan pelampau agama.

Sementara itu, Gilbert dalam ucapannya memaklumkan pengalaman luas Shazeli dalam bidang risikan keselamatan dalam membawa Kontinjen Selangor lebih cemerlang.

“Dalam konteks kepimpinan adalah penting bahawa seorang ketua harus menitikberatkan nilai dibawa kepada pasukan dipimpinnya dan masyarakat dibawah kawalannya.

“Bukan semata-mata mengejar status. Nilai ini yang memberikan dan memacu ke arah matlamat pasukan bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI