fbpx
SEBUAH bangunan musnah akibat serangan Russia di Bilenke, Ukraine semalam. - Foto AFP

Russia mahu capai keamanan di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Russia masih komited untuk mencapai keamanan di Ukraine yang kini berperang dengan negaranya, lapor laman berita Arab News semalam.

Kenyataan itu menjadi reaksi pertama terhadap tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang memendekkan tempoh akhir untuk Moscow menghentikan serangan dalam konflik tersebut.

Trump sebelum ini berkata, beliau akan mengurangkan tempoh akhir asal selama 50 hari kepada hanya sekitar 10 atau 12 hari.

Presiden AS itu berkata, beliau juga tidak berminat untuk berbincang lagi dengan rakan sejawatannya dari Russia, Vladimir Putin.

“Kami telah mengambil maklum kenyataan Presiden Trump semalam. SVO (operasi ketenteraan khas) masih diteruskan,” kata jurucakap kerajaan Russia, Dmitry Peskov.

Beliau juga menyatakan bahawa terdapat usaha untuk memulihkan hubungan dengan AS selepas kenyataan Trump itu.

Beberapa serangan Russia telah membunuh lebih 20 orang di seluruh Ukraine semalam, termasuk seorang wanita hamil berusia 23 tahun dan sekurang-kurangnya 16 banduan yang mati dalam satu serangan ke atas penjara.

Namun begitu, Peskov berkata, Moscow masih tetap komited kepada proses damai untuk menyelesaikan konflik di Ukraine yang bermula sejak Februari 2022 dan untuk melindungi kepentingan Russia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI