PETALING JAYA – Projek Transit Aliran Ringan (LRT) 3 Laluan Shah Alam yang bermula sejak 2016 hampir siap apabila rakaman ‘test run’ tren itu tular di media sosial sehingga mencuri perhatian netizen.
Menerusi hantaran di TikTok oleh @Ajuang, tren tersebut bergerak lancar di atas landasan semasa perlaksanaan ujian bagi menentukan sama ada ia dapat berfungsi dengan baik.
Perkongsian video itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial.
“Untung budak (pelajar) MSU Shah Alam” kata @Sitimeoww.
“Alhamdulillah tak perlu hadap (melalui) Lebuhraya Persekutuan,” kata @Lidah bercabang
Projek LRT3 Laluan Shah Alam dijangka siap sepenuhnya pada penghujung September 2025 selepas mengalami beberapa penangguhan dan penyusunan semula kos.
Laluan sepanjang 37.8 kilometer itu mempunyai 20 stesen dan menghubungkan lebih dua juta penduduk di koridor barat Lembah Klang.
Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan kerja-kerja pembinaan kini berada dalam fasa akhir, manakala ujian sistem dan keselamatan akan terus dijalankan bagi memastikan operasi berjalan lancar menjelang pelancaran nanti.- KOSMO! ONLINE
@ajuwxn i saw a test run of lrt 3 😍 countdown starts now — LRT 3 is coming in hot by the end of september! #fyp #foryoupage ♬ The Winner Is… Version – DeVotchKa