fbpx
SHOBNA didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya, dua minggu lalu.

Penganggur didakwa bunuh ibu teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu teman lelakinya, dua minggu lalu.

Tertuduh, M. Shobna, 37, hanya mengangguk faham, namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas warga emas, M. Sumathy, 66, di sebuah bilik di Taman Indah Jaya, Teluk Intan di sini pada pukul 3 pagi, 15 Julai lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Darwis Aghniya Halim Azizi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sebutan semula kes ditetapkan pada 11 September ini.

Terdahulu, seorang wanita warga emas dijumpai dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri dalam bilik sebuah rumah sebelum disahkan meninggal dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI