fbpx
Ahmad Zahid berswafoto bersama mahasiswa pada majlis perasmian Program TVET MSU di MSU Universiti, Shah Alam, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

Pembiayaan penuh lanjut TVET keusahawanan di MSU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan menyediakan pembiayaan penuh bagi graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang keusahawanan ke peringkat lebih tinggi.

Pembiayaan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu ditawarkan bagi mereka yang menyambung pengajian di Management and Science University (MSU).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkannya memaklumkan, objektif inisiatif itu bertujuan memberi pelbagai peluang kepada graduan TVET sekali gus melahirkan lebih ramai teknousahawan di negara ini.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara itu, beliau yakin tidak semua graduan berkenaan akan memasuki pasaran kerja dan ada daripadanya mahu menjadi usahawan.

“Saya telah berbincang dengan MSU mengenai satu modul khas bagi mereka yang mempunyai Diploma atau Ijazah menceburi bidang keusahawanan.

“Mungkin Diploma Eksekutif boleh diberikan kepada mereka selepas pemindahan kredit dan pengambilan beberapa subjek pelajaran yang akan ditentukan nanti,” katanya selepas melancarkan TVET MSU di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) antara universiti berkenaan dan 58 rakan industri.

“Inisiatif itu akan dikoordinasikan oleh Majlis TVET Negara dan segala perincian mengenainya akan saya bincangkan dalam tempoh satu atau dua minggu ini,” ujarnya.

Katanya, kerajaan mahu memastikan semua institusi TVET termasuk MSU mencapai kadar kebolehpasaran graduan 100 peratus menjelang 2028 berbanding ketika ini sebanyak 95.1 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI