fbpx
TANGKAP layar video TikTok yang tular berkenaan sebuah lori gagal memberi laluan kepada jentera bomba yang sedang menjalankan tugas kecemasan di Kampar. - Foto MEDIA SOSIAL

Drebar lori disaman halang jentera bomba, alasan tak sedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAMPAR – Seorang pemandu lori disaman kerana gagal memberi laluan kepada jentera bomba yang dalam tugasan kecemasan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kompaun ke atas drebar lori tersebut dibuat mengikut Seksyen 9(2) Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59).

“Merujuk kepada satu video yang tular di TikTok, polis mengambil maklum insiden melibatkan jentera bomba yang dalam perjalanan ke satu destinasi dan memasang siren kecemasan telah dihalang sebuah lori jenis kabin.

“Dalam rakaman itu, jentera bomba dilihat berusaha memotong lori tetapi seolah-olah tidak diberikan laluan, sekali gus menimbulkan kebimbangan masyarakat akan keselamatan dan keutamaan kenderaan penyelamat ketika melaksanakan tugas kecemasan,” katanya hari ini.

Justeru, Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar mengambil tindakan segera terhadap pemandu lori.

Siasatan awal mendapati pemandu kenderaan berat itu tidak menyedari kehadiran jentera bomba disebabkan bunyi enjin yang kuat dan tingkap bertutup penuh.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI