fbpx
Tertuduh (kiri) yang berusia 14 tahun ketika dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini. Foto oleh MOHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

Pelajar lelaki 14 tahun tumbuk guru mengaku salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang pelajar lelaki yang tular menumbuk guru lelakinya, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan.

Tertuduh juvana yang berusia 14 tahun membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil.

Berikutan pengakuan bersalah tertuduh, mahkamah menetapkan 11 September ini bagi laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum hukuman dijatuhkan.

Dalam pada itu, semasa prosiding, pendakwaan terhadap remaja tersebut dibuat secara tertutup kerana tertuduh merupakan pesalah bawah umur.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas guru lelakinya berusia 29 tahun di sebuah sekolah menengah di sini pukul 4.48 petang pada 28 Julai lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda boleh sampai RM2,000
atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd. Zulbahrin manakala tertuduh diwakili peguam S.Priyalatha.

Mahkamah kemudian membenarkan remaja itu diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Semalam Kosmo! melaporkan berang ditegur kerana ponteng kelas punca seorang pelajar lelaki bertindak menumbuk muka seorang guru dalam kejadian di sebuah sekolah menengah kebangsaan di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada guru lelaki berusia 29 tahun itu kira-kira pukul 7.15 malam.

Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca selepas pelajar tersebut didapati ponteng kelas pendidikan jasmani yang sepatutnya berada di padang ketika itu.

Kata kenyataan itu, pelajar terbabit telah ditegur oleh pengadu menyebabkan suspek tidak berpuas hati.

Naazron berkata, suspek kemudian bergelut dengan pengadu sehingga mula mengugut dan menumbuk muka mangsa yang disaksikan oleh beberapa guru dan pelajar lain.

Katanya, bertindak atas maklumat, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dan suspek direman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan pergelutan antara seorang pelajar dengan seorang guru lelaki sebelum remaja terbabit dilihat menumbuk muka individu tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI