fbpx
Gambar hiasan – AFP

Mereka tidak dibunuh dengan peluru, tapi mati sebab lapar – PHM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat di negara bergolak tidak semestinya mati akibat dibedil peluru atau bom, sebaliknya ramai yang menemui ajal secara perlahan-lahan kerana kebuluran yang disengajakan.

Perkara itu dizahirkan oleh Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di platform X yang menyifatkan keadaan tersebut sebagai satu bentuk pembunuhan secara senyap.

“Mereka tidak dibunuh dengan peluru. Mereka mati perlahan-lahan, dalam kelaparan yang senyap,” tulisnya.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 147 nyawa telah terkorban akibat kebuluran di sebuah wilayah bergolak, termasuk 88 orang kanak-kanak.

PHM turut menegaskan bahawa isu kebuluran di kawasan konflik bukan sekadar masalah kekurangan bekalan makanan, tetapi ia adalah akibat daripada sekatan yang disengajakan.

Meskipun lokasi penuh tidak dinyatakan, hantaran itu dipercayai merujuk kepada situasi di Gaza yang kini berdepan sekatan makanan dan bantuan kemanusiaan sejak konflik tercetus pada tahun lalu.

Sejak Oktober 2023, pelbagai laporan antarabangsa mendedahkan lebih sejuta penduduk di Gaza berdepan kebuluran kritikal akibat sekatan bantuan termasuk air bersih, makanan dan perubatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI