fbpx
Lori pemadat MDGM membuang sisa sampah di kawasan tapak pelupusan sampah sementara dekat Kampung Kundur, Gua Musang. FOTO AIMUNI TUAN LAH

Lebih 117,000 tan sampah di Gua Musang dihantar ke tapak pelupusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) berjaya menguruskan sebanyak 117, 600 tan metrik sisa pepejal yang dibuang oleh kira-kira 110,000 penduduk di daerah ini untuk dihantar ke tapak pelupusan sampah sejak empat tahun lalu.

Yang Dipertua MDGM, Mohd. Roshdi Ismail berkata, secara purata, dianggarkan 100 tan sampah dihasilkan penduduk setiap hari atau 2, 100 hingga 2,800 tan sebulan.

Katanya, proses kutipan sampah itu melibatkan beberapa kawasan termasuk Bertam, Galas dan Lojing.

“Sebanyak lima buah lori pemadat dan empat lori roro akan bergerak mengikut jadual ke kawasan yang ditetapkan.

“Sisa pepejal yang berjaya dikutip itu akan dibuang ke tapak pelupusan sampah sementara di Kampung Kundur di sini,” katanya selepas meninjau tapak pelupusan sampah sementara dekat Kampung Kundur di sini semalam.

Mohd. Roshdi memberitahu, pembangunan pesat seperti pembukaan bandar baharu dan pasar raya besar turut menyumbang kepada peningkatan sisa pepejal.

“Jumlah sampah meningkat kepada purata 2,800 tan sebulan bermula 2023 hingga kini. Jadi, lebih 100,000 tan sampah sudah diuruskan oleh pihak MDGM dalam tempoh lima tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI