fbpx
Katy Perry (kiri) digosipkan bercinta dengan PM Kanada, Justin Trudeau selepas sebulan berpisah dengan Orlando Bloom.

Katy Perry bercinta dengan bekas Perdana Menteri Kanada?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBULAN selepas putus tunang dengan aktor Orlando Bloom, penyanyi Katy Perry dikatakan intim dengan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau selepas dilihat menikmati makan malam, baru-baru ini.

Menurut laporan portal hiburan, TMZ, pelantun lagu The One That Got Away itu meluangkan masa bersama lelaki berusia 53 tahun terbabit ketika singgah di Montreal dalam konsert jelajahnya di negara itu pada 28 Julai lalu.

Difahamkan, Perry, 44, dijadualkan beraksi di lima bandaraya di Kanada termasuk Ottawa sebelum menyambung konsert di negara lain.

Pasangan tersebut juga dikatakan sempat berbual dengan cef restoran Le Violon sebelum menikmati hidangan udang karang dan kemudian minum wain di bahagian teres.

Katy Perry dilihat menghabiskan masa bersama bekas PM Kanada, Justin Trudeau di sebuah restoran di Montreal, Kanada baru-baru ini. Foto TMZ 

Malah sebelum melangkah pulang, Perry dan duda yang bercerai dua tahun lalu itu masuk ke bahagian dapur bagi mengucapkan terima kasih kepada staf dapur.

Begitupun, langkah mereka dipercayai sentiasa diperhatikan pengawal peribadi yang berada di kaunter bar sepanjang masa.

Menguatkan lagi spekulasi mereka menjalin hubungan apabila kedua-duanya dilihat bersiar-siar membawa anjing di sebuah taman sebelum makan malam.

Trudeau dilihat menghantar penyanyi itu pulang di tempat penginapannya di Ritz Carlton dengan kedua-duanya tampak berbual mesra di pekarangan hotel.

Kelihatan terbuka tanpa niat menyembunyikan keakraban, masing-masing didakwa sangat selesa bersama-sama.

Terdahulu, Perry yang putus tunang dengan Bloom pada Jun lalu selepas hampir sedekad hidup bersama mengakui sedang menikmati status solonya.

Memiliki seorang anak yang kini berusia lima tahun, mereka sepakat menjaga tunggal permata hati secara giliran.

Trudeau pula pernah mendirikan rumah tangga selama 18 tahun dan mempunyai tiga anak dengan bekas hos televisyen, Sophie Grégoire namun perkahwinan mereka berakhir pada 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI