fbpx
KEADAAN kenderaan mangsa yang terbakar selepas terbabas di Jalan Kampung Guai di Bera semalam.

Guru besar maut kereta terbabas dan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERA – Seorang guru besar maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terbakar dalam satu kemalangan di Jalan Utama Kampung Guai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Mohd Sabri Bakar, 59, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas dari rumah abangnya yang terletak tidak jauh daripada lokasi kejadian.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta jenis Proton Preve yang dipandu mangsa terbabas ke bahu jalan sebelum terbakar hampir 80 peratus.

“Bagaimanapun orang awam sempat mengeluarkan mangsa daripada kenderaan itu sebelum ia terbakar,”katanya di sini hari ini.

Zulkiflee menjelaskan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Bera untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI