PETALING JAYA – Gempa bumi kuat dilaporkan melanda luar pantai timur Kamchatka, Russia pada pukul 8.16 pagi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan bahawa gempa tersebut berukuran 6.4 magnitud.
“Kejadian berlaku di 52.3 darjah Utara dan 159.6 darjah Timur dengan kedalaman 48 kilometer (km).
“Ia terjadi 96 km dari Tenggara Petropavlovsk Kamchatskiy,” lapor MetMalaysia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. – KOSMO! ONLINE