fbpx
Risteena (kiri) mempertahankan adiknya, Ruhainies yang difitnah kononnya dibela lelaki berstatus 'sugar daddy' untuk hidup serba mewah.

‘Duit dia dah banyak, tak perlu dibela sugar daddy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Turut terkesan, pelakon Risteena Munim mempertahankan adiknya, Ruhainies, yang difitnah kononnya dibela lelaki kaya atau lebih dikenali sebagai ‘sugar daddy’.

Enggan membiarkan maruah darah dagingnya dipijak-pijak, Risteena atau nama sebenarnya, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 36, turut menyelar tindakan individu yang memulakan fitnah berkenaan selain menegaskan tindakan undang-undang bakal diambil supaya perkara sama tidak berulang.

“Selama ini kita memang diam saja. Tapi kali ini kita ambil tindakan. Percayalah, lepas ni tak ada lagi yang berani komen bukan-bukan. Kalau kita biar lagi kali ni, kita akan terus dibuli.

“Kalau kita biar, orang akan fikir benda tu betul. Kita kena lawan untuk lindungi diri daripada terus difitnah,” katanya menerusi Instagram Story.

Menjadi saksi jatuh bangun adik tercinta, pelakon filem Seratus itu menegaskan setiap kemewahan dimiliki Ruhainies adalah hasil usaha sendiri dan bukan ditaja sesiapa.

“Kita sebagai keluarga tahu macam mana dia kerja keras. Duit dia memang banyak. Tak perlu pun sugar daddy nak bela.

“Sekali ni kita buat tindakan, supaya orang lain pun tak senang-senang nak komen sesuka hati,” ujarnya.

Meskipun enggan mencampuri urusan tersebut pada awalnya, Risteena nekad turun padang demi membersihkan nama adiknya daripada tohmahan tidak berasas.

“Mulanya saya memang tak mahu masuk campur. Tapi saya dapat tawaran untuk bantu cari orang tu. Insya-Allah tak lama lagi boleh jumpa dia.

“Saya cuma bantu setakat yang termampu. Kadang teringin juga nak jumpa orang macam ini, nak tahu macam mana dia ada masa komen benda-benda begini,” luahnya.

Terdahulu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan akan membuat laporan polis terhadap individu yang menyebarkan fitnah kononnya dia dibela lelaki kaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI