fbpx
Khairul Firdaus pada sesi Dewan Rakyat hari ini. FOTO JABATAN PENERANGAN

Dewan Rakyat: Guna pempengaruh perhebat Kempen Melawat Malaysia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Media antarabangsa dan pempengaruh terkemuka akan dijemput ke Malaysia bagi program ‘familiarisation trip’ untuk memperlihatkan sendiri keunikan negara ini kepada mereka.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC), Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, inisiatif tersebut bertujuan untuk memperhebatkan promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026)

Menurut beliau, inisiatif lain adalah kerjasama dengan agensi pelancongan luar negara melalui pejabat Tourism Malaysia untuk melaksanakan kempen promosi yang bersasar.

Tambah beliau, platform digital dan media sosial antarabangsa seperti Facebook, Instagram,TikTok, YouTube dan Xiaohongshu (Little Red Book) juga digunakan untuk capaian yang lebih meluas dan berimpak tinggi.

“Penyertaan dalam pameran pelancongan antarabangsa seperti World Travel Market (WTM) London, InternationaleTourismus Borse (ITB) Berlin, Arabian Travel Market danASEAN Tourism Forum.

“Kempen bersama rakan strategik syarikat penerbangan,agensi pelancongan dalam talian dan operator pelancongan untuk pakej bersama,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berhubung promosi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menjawab soalan tambahan, Khairul Firdaus memaklumkan, Draf garis penginapan jangka masa pendek (STRA) akan dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau, ia akan diguna pakai oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyelaras pelaksanaan STRA dengan lebih tersusun dan mampan selepas diluluskan.

Katanya, MOTAC dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sudah mencapai kata sepakat pendaftaran STRA sebagai premis penginapan pelancong hanya boleh dibuat selepas premis berkenaan mendapat lesen operasi perniagaan daripada PBT. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN