fbpx
Seorang pengguna TikTok menunjukkan antara makanan yang diambil rakan serumahnya tanpa kebenaran.

‘Curi makanan rakan serumah, tak fikir halal haram’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang gadis kecewa apabila salah seorang daripada rakan serumahnya tidak tahu malu sering ‘rembat’ stok makanan orang lain tanpa kebenaran, seolah-olah tidak kisah bab halal dan haram.

Kekecewaan itu diluahkan pengguna Thread umairahfaqiha berhubung rakan serumahnya yang mana perbuatan tersebut dipercayai dilakukan sejak lima bulan lalu.

Malah, dia turut berkongsi tangkap layar amaran dihantar di dalam kumpulan WhatsApp rakan-rakan rumahnya, namun pelaku tersebut dipercayai tidak mengendahkan serta tidak membalas mesej itu.

“Dah lima bulan macam ni. Apa yang dia fikir sebenarnya. Aku ni tak ada lah nak kedekut sangat bab makanan, tapi kalau ambil sesuka hati, guna sampai habis, siapa saja tak naik angin.

“Beli sebotol minyak masak, sebotol itulah dia guna. Sepapan telur beli, sepapan itulah dia habiskan. Aku ni jarang duduk rumah sebab sibuk, jadi tak pernah nampak siapa pelakunya. Bukan aku saja yang kena, housemate lain pun sama. Tak tahulah nak buat macam mana lagi,” katanya pada hantaran berkenaan.

Gadis itu berkata, dia bersama rakan-rakannya yang lain pernah memberikan sindiran secara terang-terangan kepada pelaku berkenaan.

“Tengah kemas-kemas barang, dua kawan saya cakap kuat-kuat kat ruang tamu yang mana memang akan dengar dalam bilik pun. Saya bebel ‘bodoh makan makanan orang. Patut gemuk sebab makan benda haram. Otak jadi benak sebab lemak banyak sangat’.

“Tiba-tiba dia (pelaku) keluar bilik, tambah lagi dia macam hentak pintu. Saya ingat dia nak protes sebab kutuk dia. Tapi dia terus masuk bilik air,” katanya.

Pengguna Thread itu berkata, dia turut mengadu masalah tersebut kepada pemilik rumah sekali gus berharap pelaku dikeluarkan dari kediaman tersebut.

“Owner (pemilik rumah) tengah siasat setiap penyewa. Sekarang yang disyaki itu macam ‘play victim’ (merasakan diri mangsa) dan cakap ada orang luar masuk rumah mencuri,” katanya.

Hantaran itu mengundang marah pengguna Thread yang lain ke atas pelaku tersebut apabila dia tidak berhati perut mengambil makanan orang lain tanpa izin.

Malah, ada yang memberikan cadangan kepada gadis tersebut untuk memberi pengajaran kepada pelaku.

“Awak beli satu papan telur busuk, biar setiap kali dia nak guna, dia terkena,” komen puan_norm.

“Kak cuba lah sekali lauk tu akak letak garam kasar bagi masin terus. Memang khas untuk dia saja makan. Nanti dia ambil makan, baru dia kena darah tinggi. Geram betul orang macam ni,” komeh ziela25.

“Bekas rakan sebilik aku dulu ada seorang jenis suka ambil makanan juga. Dia jurusan lain daripada kami. Dia tak ada kawan, masuk rumah pun waktu tengah semester. Dia pernah ambil masak, lepas tu bila kita orang tanya kenapa ambil, dia jawab ‘dalam Islam tak baik bagi orang terliur, kau orang masak aku terliur sebab tu aku ambil untuk masa juga’. Kami bingung, minggu depan tu juga kami halau,” cerita tehhhaaa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI