fbpx
Trump menaiki pesawat Air Force One menuju ke Scotland pada 25 Julai lalu di Pangkalan Bersama Andrews, Maryland. - AFP)

Trump bangga jayakan gencatan senjata Thai-Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuji diri sendiri berhubung  persetujuan gencatan senjata antara Thailand dengan Kemboja dan menggelar dirinya ‘Presiden Keamanan’, lapor laman berita Times of India semalam.

Dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump menggelar gencatan senjata itu sebagai pencapaian diplomatik penting.

“Saya berbangga kerana menjadi Presiden Keamanan,” tulisnya.

“Saya dengan sukacita  mengumumkan bahawa selepas penglibatan Presiden Donald J. Trump, kedua-dua negara(Thailand dan Myanmar)  telah mencapai gencatan senjata dan keamanan. 

“Tahniah kepada semua! Dengan menamatkan perang ini, kita telah menyelamatkan beribu-ribu nyawa,” tambahnya.

Selepas panggilan berasingan dengan pemimpin kedua-dua negara Sabtu lalu, Trump mengancam untuk menyekat perjanjian perdagangan dengan Bangkok dan Phnom Penh jika pertempuran tidak dihentikan.

“Saya telah mengarahkan pasukan perdagangan saya untuk memulakan semula rundingan mengenai perdagangan. 

“Saya kini telah menamatkan banyak peperangan dalam masa enam bulan sahaja. Saya bangga menjadi Presiden Keamanan,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI