fbpx
KAI DEE dituduh memberi rasuah kepada penguatkuasa MBIP sebanyak RM2,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.- Foto BAZLAN IBRAHIM

Tauke kopitiam ‘hulur’ RM2,000 didakwa rasuah Penguatkuasa MBIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang pemilik kopitiam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan merasuah seorang Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sebanyak RM2,000, akhir tahun lalu.

Tertuduh, Tan Kai Dee, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Kai Dee didakwa telah memberi suapan RM2,000 kepada pembantu penguatkuasa MBIP agar tidak mengambil tindakan terhadap sebuah restoran kopitiam di Jalan Mutiara 1/4, Taman Mutiara Mas, di sini pada pukul 6.20 petang, 4 November lalu.

Pegawai Pendakwa SPRM, Ameera D’aneez Mohd. Shukari meminta mahkamah memberikan jaminan RM10,000 beserta beberapa syarat tambahan bagi menggelak tertuduh melarikan diri.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 beserta syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat SPRM Johor Bahru sebulan sekali, selain pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah..-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN