fbpx
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di Jalan Tun Tan Siew Sin, Kuala Lumpur hari ini.

Rumah merah jadi sarang ‘waktu rehat’ diserbu imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebuah premis ‘rumah merah’ di Jalan Tun Tan Siew Sin, di sini, yang menjalankan kegiatan khidmat seks digempur Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur, hari ini.

Difahamkan, premis terletak di tingkat dua dan tiga rumah kedai itu menawarkan wanita warga asing serendah RM50 dan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.

Wartawan Kosmo! yang menyertai serbuan mendapati sebahagian wanita warga asing sedang leka melayan pelanggan sebelum menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Malah, situasi turut bertukar kecoh apabila terdapat beberapa pelanggan lelaki warga asing cuba melarikan diri, namun berjaya disekat pihak berkuasa.

Ketika diperiksa, seorang wanita dikenali Atika, 31, yang berasal dari Medan, Indonesia mengakui terlibat dalam kegiatan itu sejak dua minggu lalu.

“Seorang pelanggan saya hanya dapat RM30, tauke ambil lagi RM20. Biasanya, ramai pelanggan datang sini waktu rehat atau ‘lunch hour’ (waktu tengah hari),” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 27 orang diperiksa dalam serbuan bermula pukul 3 petang itu.

“Daripada jumlah itu, sejumlah 22 individu ditahan berusia 20 hingga 61 tahun terdiri daripada lapan wanita warga Indonesia, Bangladesh (8) dan India (1) termasuk lima lelaki warga Bangldesh

“Turut ditahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai berperanan sebagai ‘kapten’ atau penjaga premis,” katanya.

Katanya, kesemua ditahan membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 56(1) (d) serta 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI