fbpx
Di sungai inilah seorang lelaki terjun dalam usaha untuk meloloskan diri selepas dipukul oleh orang awam di Jasin kelmarin.

‘Ramai orang kejar dia dari pasar raya sampai sungai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – “Saya terkejut tiba-tiba ramai yang berlari mengejar dia (mangsa) dari kawasan pasar raya sampai ke sungai.”

Demikian cerita saksi yang mahu dikenali sebagai Suraya, 32, berhubung kejadian seorang lelaki yang maut dipercayai di­belasah sekumpulan individu berhampiran sebuah pasar raya besar di Bandar Jasin Bestari di sini kelmarin.

Menurut wanita itu, ketika kejadian dia sedang bekerja di sebuah premis menjual perhiasan diri sebelum menyedari berlaku kekecohan dari dalam pasar raya berkenaan.

“Saya dengar bunyi kecoh sebelum beberapa pekerja dilihat berlari keluar sambil menjerit dan mengejar seorang lelaki sehingga ke sebatang anak sungai yang terletak di belakang bangunan ini.

“Difahamkan, lelaki itu (mang­sa) menunjukkan kemaluannya kepada seorang pekerja wanita menyebabkan rakan sekerjanya cuba menangkap si pelaku,” katanya.

GAMBAR tular mayat mangsa selepas dibelasah orang awam.

Suraya berkata, si mati kemudian bertindak terjun ke dalam sungai tersebut bagi meloloskan diri sebelum naik semula di kawasan lot bangunan kedai yang terletak di seberang.

Katanya, kejadian cemas turut disaksikan pekerja bengkel kenderaan suaminya yang berada di bangunan tersebut.

“Kebetulan semasa mangsa naik dekat depan bengkel suami, pekerjanya beritahu dia kenal lelaki tersebut kerana anaknya pernah menghantar motosikal ke bengkel,” katanya.

Difahamkan, ketika mangsa memanjat tebing, beberapa individu sudah menunggunya sebelum membelasah lelaki itu.

Salah seorang daripada suspek tersebut dipercayai memijak kepala mangsa sebanyak beberapa kali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN